Menulis


Topik  :  Penulisan Karangan Ekspositori (23 April 2014)

Tajuk  :  Media Sosial amat berpengaruh pada zaman moden ini.  Bincangkan.

Para pelajar arif budiman,

Sila rujuk pada Goggle Spreadsheet yang telah saya kongsi.  Tanya kawan-kawan agar dapat membantu awak untuk mengakses pautan ini.

Nota ringkas harus dilakar sebelum pukul 5 petang hari Rabu, 23 April.  Karangan harus disiapkan di lampiran yang diberi sebelum pukul 2 petang hari Khamis, 24 April


Terima kasih.

Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

_______________________________________________________________



Topik  :  Penulisan Karangan Naratif (25 Febuari 2014) = Peta Minda

Para pelajar arif budiman,

Sila letakkan peta minda kamu di ruang komen dalam bentuk gambar.  Sila letak dalam format berikut  :

Nama  : ______________

Peta Minda :




Tarikh penghantaran sebelum 9 malam, 25 Febuari 2014.

Terima kasih.

Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

_____________________________________________________________




Topik  :  Penulisan Karangan Deskriptif (18 Febuari 2014) = Sesi Ulangkaji

Para pelajar arif budiman,

Sila berkongsi apakah yang kamu pelajari tentang penulisan karangan deskriptif.  Setiap perlu mencatatkan aspek-aspek penting dalam penulisan karangan deskriptif.  Berikut adalah pembahagian tugasan  :

Kumpulan 1 :  Pengenalan (Ikmal & Shaquille)

Kumpulan 2 :  Isi-isi penting (Erika, Huda & Hannah)

Kumpulan 3 :  Penutup (Ibrahim, Danish K & Danish M)

Tugasan ini haruslah diselesaikan sebelum 9 malam 18 Febuari 2014.  Catatan kumpulan kamu perlulah seperti berikut  :



Topik  :  Penulisan Karangan Deskriptif (18 Febuari 2014)

Kumpulan 1 : Pengenalan (nama ahli kumpulan)
1.
2.
3.

___________________________________________________

Terima kasih.

Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

___________________________________________________

Topik : Penulisan Biografi (6hb Febuari 2014)

Para pelajar arif budiman,


A.  Perkongisan Penulisan Biografi

Sila rujuk pada pautan berikut untuk dapatkan maklumat tentang cara-cara menulis biografi.

1.  http://bacabiografi.blogspot.sg/

2.  http://www.singaporebiography.com/

Kamu diberikan peluang untuk letakkan pautan yang lain di ruang komen sebagai cara untuk berkongsi dengan rakan-rakan.


B.  Penulisan Biografi

Setiap kumpulan akan diberikan tugasan untuk menganalisa dan berkongsi aspek penulisan biografi untuk seseorang tokoh.

1.  Permulaan = Danish M, Huda

2.  Isi = Hannah, Ain, Erika, Ikmal

3.  Penutup = Ibrahim, Danish K


Terima kasih.


Salam mesra,
Cikgu Azizah.Ahmad

5 ulasan:

  1. Muhammad Ibrahim & Danish Karlin

    A. Perkongsian Penulisan Biografi
    http://ainuttijar.blogspot.sg/2012/12/biografi-chairil-anwar.html

    B.Penulisan Biografi - (Penutup)
    -Berakhir dengan kesimpulan
    -Berakhir dengan tarikh meninggal dunia jika seorang itu telah meninggal dunia
    -Berakhir dengan mengatakan apa kebaikan seorang itu telah lakukan dalam kehidupannya
    -Berakhir dengan kejayaan dan apa seseorang itu telah dinobatkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

      *Apa yang boleh diperbaiki :

      - bentuk penghargaan yang diterima oleh tokoh disebut di awal bahagian penutup = sebagai kesinambungan pada peranggan isi yang menyentuh tentang karya-karyanya yang diiktiraf

      Padam
  2. A. Perkongsian Penulisan Biografi
    http://kolom-biografi.blogspot.sg/2014/01/biografi-mohammad-natsir-pahlawan.html

    B. Penulisan Biografi - (Isi)
    - Sumbangan kepada masyarakat
    - Pencapaian penting dalam kehidupan beliau
    - Jawapan dalam sebuah wawancara
    - Pekerjaan dan pendidikan
    - Apa yang telah membuat beliau terkenal
    - Ciri-ciri dan sikap beliau
    - "Garis masa" kehidupannya
    - Hubungan dengan orang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

      *Apa yang boleh diperbaiki :

      - susunan isi-isi perlulah lebih sistematik agar penulisan biografi lebih teratur
      1. Pekerjaan dan pendidikan - kesinambungan daripada pengenalan tokoh dalam perenggan pendahuluan

      2. Ciri-ciri dan sikap beliau = menyerlahkan apa-apa aspek yang menjadikannya beliau seorang tokoh yang dihormati

      3. Pencapaian penting dalam kehidupan beliau = dengan mempunyai ciri-ciri dan sikap yang positif, beliau dapat mencapai kecemerlangan

      4. Hubungan dengan orang lain = boleh merangkumi hubungan secara peribadi atau melalui karya-karya yang memberi kesan pada individu-individu tertentu

      5. Sumbangan kepada masyarakat = contoh-contoh yang menunjukkan cara-cara beliau atau karya-karyanya dapat memanfaatkan masyarakat

      6. "Garis masa" kehidupannya = meringkaskan apa yang telah dilalui tokoh tersebut & membuat dia berjaya

      - jawapan dalam sebuah wawancara (tidak perlu dinyatakan dalam penulisan biografi) = ia hanya merupakan platform di mana penulis mendapatkan maklumat tentang tokoh tersebut

      Padam
  3. Huda dan Danish M

    A. Perkongsian Penulisan Biografi
    http://www.liriklagumuzika.com/2008/11/biografi-biodata-pramlee.html

    B. Penulisan Biografi - (Permulaan)
    - Nama penuh
    - Umur/Umur apabila meninggal
    - Tarikh lahir
    - Mengapa terkenal? (What is he/she known for)
    - Latar belakang
    [contoh: keluarga, tempat tinggal, pelajaran]

    BalasPadam